PERNIAGAAN

PEMBINAAN

Koperasi Orang Asli Selangor mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam sektor pembinaan. Antara projek yang dijalankan adalah seperti pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), projek pembinaan jalan berturap, pembinaan dewan, chalet, perparitan dan banyak lagi.

BEKALAN

Menyediakan perkhidmatan bekalan untuk projek kerajaan antaranya projek menyediakan pakaian sekolah, baju korporat, makanan, alat tulis dan lain-lain lagi.

PELANCONGAN

Menyediakan pakej pelancongan luar dan dalam negara kepada anggota koperasi dan juga orang kampung dengan harga yang berpatutan.

AGROPERTANIAN

Projek pertanian seperti ternakan ikan, lembu dan tanaman seperti pisang, kelapa sawit serta ubi.

CHALET

Chalet Teluk Tongkah, Banting merupakan perkhidmatan penginapan bajet yang disediakan oleh koperasi ini. Lokasi berhampiran pantai peranginan Morib menjadikan lokasi sesuai untuk dikunjungi.

PUSAT KRAF

Terletak di perkampungan Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey merupakan pusat pelancongan yang menyediakan perkhidmatan seperti jualan ukiran kayu, pakej eco pelancongan, tarian topeng dan lain-lain.